Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 5 NOVEMBER 2024 – Pemeriksaan Verifikasi Stor bagi tahun 2024 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah dilaksanakan pada 4 November 2024. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan stor di pejabat serta memastikan ketepatan rekod dan fizikal serta pelarasan stok diambil tindakan. Selain itu, verifikasi tersebut mampu meningkatkan kualiti pengurusan stor pada masa mendatang.
Pemeriksaan verifikasi stor telah diketuai oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman dan Cik Margaret Anak Sawing. PBSB Miri akan menambah baik segala teguran yang diterima dari pemverifikasi stor bagi memastikan isu-isu dan masalah pengurusan stor dapat diselesai dan dilaksana dengan kadar segera.
- JBS Sarawak
- Hits: 57