- JBS Sarawak
- Hits: 2
Komitmen dan Integriti Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu Dimantapkan Melalui Ikrar Akta Rahsia Rasmi
- JBS Sarawak
- Hits: 2
Disediakan oleh: MCG, PBSB SIBU
SIBU, 27 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh tahap kerahsiaan serta integriti perkhidmatan awam, seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah melaksanakan sesi lafaz ikrar dan menandatangani perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
Sesi yang berlangsung di pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu ini merupakan agenda tahunan yang signifikan, bertujuan mengingatkan setiap pegawai dan kakitangan akan tanggungjawab serta amanah dalam mengurus, mengendalikan dan melindungi maklumat serta dokumen rasmi kerajaan daripada sebarang bentuk kebocoran atau penyalahgunaan.
Pelaksanaan sesi ini bukan sekadar memenuhi keperluan prosedur pentadbiran, malah mencerminkan komitmen berterusan warga PBSB Sibu untuk sentiasa mematuhi peraturan, mengamalkan etika kerja yang tinggi serta menjunjung prinsip integriti dalam perkhidmatan awam.
Melalui pemeteraian ikrar ini, PBSB Sibu terus komited untuk memperkukuh amalan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berprinsip demi memastikan kepercayaan terhadap penyampaian perkhidmatan jabatan sentiasa terpelihara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu
