- JBS Sarawak
- Hits: 20
KURSUS REFRESHER SUKARELAWAN AM DAN PENYAMPAIAN HADIAH SERTA CENDERAMATA – SUKSAR 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 26 Januari 2026 – Kursus Refresher Sukarelawan Am dan Penyampaian Hadiah serta Cenderamata Sukan Sarawak (SUKSAR) 2026 telah diadakan pada 24 Januari 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong. Kursus Refresher Sukarelawan Am diadakan bertujuan untuk penyelarasan peranan, latihan praktikal semula serta motivasi agar sukarelawan sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan tugasan sebenar sepanjang temasya berlangsung.
Kursus refresher anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Am dan Penyampaian Hadiah.
Temasya SUKSAR 2026 dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 8 Februari 2026 merupakan edisi yang ke 4 di mana Sri Aman dan Betong dipilih sebagai tuan rumah bersama.
Sebanyak 11 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu bola keranjang, petanque, ping pong, sofbol, tinju, sepak takraw, karate, angkat berat, berbasikal, bola jaring dan taekwondo. Di Bahagian Betong, empat acara dipertandingkan iaitu angkat berat di Dewan Panglima Rentap, berbasikal di Lebuhraya Pan Borneo dan Medan Betong, bola jaring di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan serta taekwondo di Dewan Sukan SJK (C) Chung Hua.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
