Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 24 OKTOBER 2024 – Pertandingan Aerobicthon 2024 Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 20 Oktober 2024 bertempat di Dataran Ilmu, SK Abang Abdul Rahman Saratok. Pertandingan dianjurkan oleh Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok (KBKPS) dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat pelbagai latar belakang dan peringkat umur melibatkan diri di dalam aktiviti sukan berbentuk kecergasan dan secara tidak langsung membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.
Pelbagai kategori telah dipertandingkan seperti Peserta Paling Sporting, Peserta Paling Ceria dan Kumpulan Anugerah Khas Juri. Pasukan yang telah menjadi juara pertandingan adalah Kumpulan Ammoo Bahh. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan TCK Fitness, tempat ketiga oleh Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok, tempat keempat serta kelima dimiliki Iron Lady dan Ratu Sanggar Kuning. Majllis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta pasukan yang telah menyertai pertandingan ini. Semoga terus menyokong dan menyertai program-program yang dianjurkan oleh kelab belia dan sukan serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
- JBS Sarawak
- Hits: 98