- JBS Sarawak
- Hits: 3
TAKLIMAT KEJURULATIHAN DAN URUSETIA PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 26 JANUARI 2026 – Awal bulan lalu telah berlangsungnya taklimat program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringat Bahagian Limbang yang bertempat di Pejabat Bomba dan Penyelamat Zon 7 Limbang.
Encik Zaini Bin Abd Talib, Mewakili Pegawai Belia dan sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah hadir bagi menyampaikan taklimat kepada pegawai Bomba dan jurulatih bagi Program ini. Pihak pejabat sangat berbesar hati apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 7 Limbang kerana menjadi rakan strategik bagi program kali ini.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang akan menjayakan program tersebut dan diharapkan juga program 12 sesi ini berlangsung dengan baik dan berjaya.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
