- JBS Sarawak
- Hits: 114
MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) BAHAGIAN SARIKEI BIL:2/2024
Disediakan Oleh : MJA, PBSB Sarikei
SARIKEI, 24 Oktober 2024 : Satu Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Sarikei Bil: 2/2024 telah diadakan di Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah YBrs Puan Lili anak Munan, Timbalan Pengarah Pengurusan AADK Negeri Sarawak yang mewakili Pengarah AADK Negeri Sarawak serta Puan Dalin Nani anak George, Ketua Daerah, AADK Daerah Sarikei.
Pelbagai isu berkaitan penyalahgunaan dadah, penguatkuasaan dan pencegahan telah dibincangkan dalam mesyuarat ini.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei yang merupakan ahli tetap MTMD telah diwakili sendiri oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
- JBS Sarawak
- Hits: 114