Disediakan Oleh : ARJ, PBSB Sarikei
Sarikei, 18 Oktober 2024 : Buat julung kalinya, Program Karnival Sukan OKU Aktif Peringkat Negeri Tahun 2024 dilaksanakan di Bahagian Sarikei. SK Abang Haji Matahir Sarikei telah dipilih untuk melaksanakan program tersebut. Peserta terdiri daripada SK Abg Haji Matahir, SJK St Martin dan SK Sarikei. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada hari berkenaan seperti Sukaneka, Stacking Cup, Menjaring Bola dan Bowling. Majlis Penangguhan program telah disempurnakan oleh En. Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak. Turut serta dlm majlis tersebut, Pn. Rugayah Bt Nawawi Guru Besar SK Abang Haji Matahir Sarikei dan kakitangan SK Abang Haji Matahir . Turut hadir bersama En.Abdul Rani Bin Jemi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Objektif karnival ini adalah untuk memberikan pengalaman bagi meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu pengetahuan sukan, kepakaran teknikal, teknologi dan keupayaan pengurusan pasukan di kalangan OKU. Menyokong usaha kerajaan bagi mempastikan golongan OKU mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HSN
#pbs6d

- JBS Sarawak
- Hits: 171