- JBS Sarawak
- Hits: 22
MAJLIS PENGHARGAAN HUJUNG TAHUN DAN FAREWELL
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: A, JBSN Sarawak
SIBU, 18 Disember 2025 – Pejabat telah menganjurkan Majlis Penghargaan Hujung Tahun dan Farewell sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja atas komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2025. Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh bermakna ini turut diserikan dengan aktiviti exchange gifts yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni. Pada majlis yang sama, turut diadakan farewell bagi Encik Muhammad Afif bin Ibrahim yang akan berpindah bertugas ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Terengganu. Warga pejabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa, sumbangan serta komitmen beliau sepanjang berkhidmat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan serta doa agar Encik Muhammad Afif bin Ibrahim terus cemerlang dan maju jaya dalam kerjaya di tempat baharu.
#PBSBSibu
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#JBSNBersama
