- JBS Sarawak
- Hits: 44
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Daerah (PSD) Mukah Bil.2 Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 17 DISEMBER 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Daerah (PSD) Mukah Bil.2 Tahun 2025 telah diadakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, menara Pehin Setia Raja Mukah. Mesyuarat yang melibatkan persatuan sukan yang berdaftar di Mukah serta agensi yang berkaitan telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Peleadzman Ahip, Pegawai Daerah Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan Daerah Mukah.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Encik Mohammad Arbi Rosli bersama Puan Noorlina Mirais. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Laporan Pelaksanaan Aktiviti Persatuan Sukan dan hal-hal lain. Encik Mohammad Arbi turut memaklumkan ahli mesyuarat berkaitan status Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) kelab dan persatuan sukan di Mukah dan penerangan ringkas Dana Sukan KBS 2026 iaitu Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK) yang telah dibuka permohonannya pada 15 Disember 2025.
