- JBS Sarawak
- Hits: 44
PERTUBUHAN BELIA BAHAGIAN MIRI BERSEDIA MENERIMA PINDAAN PERLEMBAGAAN AKTA 668
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 18 DISEMBER 2025 – Sejak bulan November hingga kini, Unit Pembangunan Belia PBSB Miri bergerak untuk memberi penerangan dan penyerahan borang Pindaan Perlembagaan Akta 668(A1602) kepada pertubuhan belia di Bahagian Miri. Selain penyerahan borang pindaan tersebut, PBSB Miri juga memberi khidmat nasihat dan panduan dalam pengisian Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).
PBSB Miri mengucapkan terima kasih kepada semua pertubuhan belia di Bahagian Miri yang telah mengisi dan mengembalikan borang tersebut kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sarawak sebagai tanda kesediaan menerima Pindaan Perlembagaan Akta 668 ini iaitu perubahan dalam penurunan umur belia yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
