- JBS Sarawak
- Hits: 59
Majlis Penyampaian Sijil Dan Pin Tahap Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 18 DISEMBER 2025 – Majlis Penyampaian Sijil dan Pin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan Perdana, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada 16 Disember 2025 (Selasa).
Majlis ini disaksikan oleh pelajar Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, dengan tujuan untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar mengenai pentingnya penyertaan dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Sesi penyampaian sijil dan pin kepada para penerima anugerah telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Seramai 37 orang pelajar telah layak menerima tahap gangsa pada majlis tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melengkapkan setiap komponen program dengan jayanya. Diharapkan agar anugerah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk turut menyertai dan mengikut jejak langkah para penerima anugerah dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
