- JBS Sarawak
- Hits: 58
Mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian (PGB) Bintulu Bil.2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 19 DISEMBER 2025: Rabu lepas, satu mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian (PGB) Bintulu Bil. 2/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu. Mesyuarat tersebut dipengerusikan Oleh Encik Abang Zainuddin Bin Haji Abang Turkey, Timbalan Residen Bintulu dan telah dihadiri oleh Encik Hailey Robson Anak Banyang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan hak dan kepentingan pengguna, merancang dan menyelaras aktiviti kesedaran kepenggunaan dalam kalangan masyarakat serta menilai keberkesanan program atau gerakan pengguna yang telah dilaksanakan.
Dengan adanya mesyuarat gerakan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengawal dan menjaga hak pengguna khususnya di Bintulu sekaligus mengukuhkan lagi kerjasama antara ahli, agensi berkaitan dan pihak berkepentingan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbsbintulu
