- JBS Sarawak
- Hits: 110
PERTANDINGAN AEROBICTHON MENGHANGATKAN SUASANA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2024
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 22 OKTOBER 2024 – Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2024 dimeriahkan dengan aktiviti pertandingan aerobicthon yang dikendalikan oleh Kelab Evolution Permyjaya dan gabungan studio-studio di Miri. Pertandingan ini telah disertai oleh dari pelbagai generasi umur. Kategori yang dipertandingkan ialah kumpulan pakaian terbaik, kumpulan paling bertenaga, kumpulan paling ramai, kumpulan paling sporting, solo lelaki dan wanita paling bertenaga, dan solo lelaki dan wanita paling sporting.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 110