- JBS Sarawak
- Hits: 36
SESI PENILAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - PELAKSANAAN KERJA BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan Oleh : M. Johari, JBSN Sarawak.
SARIKEI 16 Dicember 2025 - Satu Sesi Penilaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pelaksanaan Kerja Belia telah berlangsung di KOMBES, Kuching. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menghadiri dan terlibat dalam sesi penilaian tersebut sebagai sebahagian daripada proses pengiktirafan kemahiran dalam bidang kerja belia.
Sesi penilaian ini dikendalikan oleh Encik Mohd Faizal bin Abdul Salim, Pegawai Penilai bertauliah dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh, Pahang. Penilaian ini bertujuan menilai kompetensi, pengetahuan dan pengalaman peserta dalam melaksanakan program serta aktiviti pembangunan belia secara profesional dan sistematik. Program ini selaras dengan usaha memperkasa profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
