- JBS Sarawak
- Hits: 66
Sukarelawan Paling Aktif Dihargai Atas Komitmen dan Sumbangan Berterusan
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 19 DISEMBER 2025: Seorang sukarelawan telah dinobatkan sebagai Sukarelawan Paling Aktif atas komitmen, dedikasi serta penglibatan berterusan dalam pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan sepanjang tahun bersempena dengan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 yang telah dilaksanakan pada 6 Disember 2025 bertempat di Sarawak River Cruise, Kuching.
Pengiktirafan ini diberikan kepada Mohamad Amirrul Mukminin sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan beliau menyumbang tenaga, masa dan idea dalam menjayakan program-program melibatkan komuniti setempat, khususnya dalam bidang kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan sosial.
Penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh Encik kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. Pihak pejabat berharap pengiktirafan ini dapat menjadi suntikan motivasi kepada lebih ramai individu untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan. Pihak pejabat sekali lagi mengucapkan tahniah kepada saudara Amirul diatas penganugerahan yang telah diberikan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
