- JBS Sarawak
- Hits: 65
JG FT (Penyarai) Johan Pertandingan Bola Sepak Piala Bepen Edisi Ke-3 Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 19 DISEMBER 2025: Kejohanan Bola Sepak Piala Bepen Edisi Ke-3 Tahun 2025 anjuran Kelab Bola Sepak Penyarai mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, kejohanan yang dianjurkan selama 2 hari pada 13-14 Disember 2025 bertempat di Stadium Bintulu telah dirasmikan oleh Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Penghulu Sekaya dan tuai-tuai rumah dari suku kaum Bagatan.
Sebanyak 8 pasukan telah berentap untuk merebut gelaran juara bagi edisi kali ke-3. Empat pasukan dari Penyarai, dua pasukan dari Batang Rajang, Sungai Anap dan Sangan masing-masing menghantar satu pasukan. Antara objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti Bagatan melalui aktiviti yang sihat dan berdaya saing selain dari mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Pada edisi kali ini, JG FT (Penyarai) telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Bola Sepak Piala Bepen Edisi Ke-3 Tahun 2025, Naib Johan Jatuh kepada kumpulan Data Bian FC (Penyarai) manakala tempat ketiga kumpulan Tissen Scccer FC (Metah, Batang Rajang).
Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh keharmonian dan kesejahteraan komuniti Bagatan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
