- JBS Sarawak
- Hits: 58
Semarak Perayaan: Majlis Pra Krismas dengan Aktiviti Pertukaran Hadiah
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan oleh: Everlyn M. JBSN Sarawak
BINTULU, 19 DISEMBER 2025: Suasana penuh keceriaan dan semangat perpaduan jelas terpancar di wajah para hadirin sempena Majlis Pra Krismas yang berlangsung di NU Hotel pada Kelmarin. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu termasuk Ketua Pejabat iaitu Encik Kigen Anak Satong sendiri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Sukan Elektronik Bintulu dan Pengerusi Kelab Egret.
Majlis yang dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Krismas ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pertukaran hadiah (exchange gift) yang menambahkan lagi kemeriahan suasana. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan, mempererat hubungan silaturahim antara kakitangan serta memberi ruang kepada warga kerja untuk meraikan musim perayaan dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbbintulu
