- JBS Sarawak
- Hits: 61
Persediaan Pelupusan Dokumen Kewangan Dilaksana Teratur: Kerjasama Kakitangan Pejabat Dipuji
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh: Everlyn M. JBSN Sarawak
BINTULU, 19 DISEMBER 2025: Dalam usaha memastikan pengurusan rekod kewangan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan, satu sesi persediaan pelupusan dokumen kewangan telah dijalankan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu sepanjang bulan November sehingga Disember 2025.
Pelaksanaan ini sudah semestianya diketuai oleh ketua Pejabat iaitu Encik Kigen Anak Satong dan dibantu oleh Puan Everlyn Anak Morgan, selaku pegawai bertanggungjawab, bersama sokongan dan kerjasama erat daripada semua kakitangan pejabat. Aktiviti ini dijalankan dengan teratur dan penuh komitmen, membuktikan bahawa semangat kerja berpasukan sentiasa menjadi tunjang kepada kelancaran tugasan jabatan.
Tujuan utama pelupusan dokumen ini adalah untuk mengurangkan lambakan fail kewangan lama yang tidak lagi digunakan, di samping memastikan ruang penyimpanan rekod sentiasa kemas, teratur dan mematuhi dasar pengurusan rekod awam. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai dan menjadi cerminan budaya kerja cemerlang dalam organisasi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbbintulu
