- JBS Sarawak
- Hits: 113
Pelaksanaan Pelupusan Aset Alih Kerajaan Secara Teratur dan Berintegriti
- JBS Sarawak
- Hits: 113
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 19 DISEMBER 2025: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah melaksanakan proses pelupusan aset alih kerajaan bagi aset-aset yang dikenal pasti sebagai rosak, usang, tidak ekonomik untuk diselenggara atau tidak lagi diperlukan bagi tujuan operasi jabatan. Pelupusan aset tersebut telah dilaksanakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Tapak Pelupusan Bintulu.
Pelaksanaan pelupusan ini dibuat selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan serta peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Semua aset yang terlibat telah melalui proses pemeriksaan, penilaian dan kelulusan oleh pihak berkuasa yang berkenaan sebelum tindakan pelupusan dilaksanakan.
Langkah ini bertujuan memastikan rekod aset kerajaan sentiasa kemas kini, mengurangkan kos penyimpanan dan penyelenggaraan, serta mengelakkan pembaziran sumber awam. Kaedah pelupusan yang digunakan adalah bersesuaian dengan keadaan aset.
Pihak jabatan komited untuk terus mengamalkan tadbir urus yang baik, telus dan berakauntabiliti dalam pengurusan aset kerajaan demi kepentingan awam.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
