- JBS Sarawak
- Hits: 39
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM REACH OUT COMMUNITY CAWANGAN PELAWAN
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh : TT, PBSB JBSN Sarawak
SIBU, 21 DISEMBER 2025 - Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan di bawah inisiatif Rakan Muda telah melaksanakan program Reach Out Community Cawangan Pelawan di University Technology of Sarawak yang disertai lebih daripada 60 orang belia.
Program Reach Out ini adalah anjuran bersama SABERKAS Pelawan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dengan tujuan meraikan keunikan dan menyerlahkan potensi pertubuhan belia di peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat akar umbi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Kapitan Ling Hua Wei, wakil kepada Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N.54 Pelawan yang diiringi oleh Encik Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sibu selaku wakil Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Saudara Ahmad Syahir Abdul Razak, wakil Majlis Belia Malaysia, dan Cik Han Fu Le, Pengarah Confusius Institute di University Technology of Sarawak.
Majlis diteruskan dengan gimik memotong reben dan diakhiri dengan aktiviti membalut 'Jiao Zi' yang menunjukkan apresiasi dan pelestarian warisan budaya, sekaligus memperkuat integrasi sosial dalam masyarakat multikultural.
Semoga program seperti ini akan diteruskan supaya para Belia akan sentiasa meneruskan tradisi budaya, dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Ia juga diharapkan dapat menjadi platform untuk mempromosikan warisan budaya dan memperkenalkan amalan serta makanan tradisional kepada generasi muda.
#PBSBSibu
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#JBSNBersama
