DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAFIZUL HELMI , JBSN SARAWAK
LIMBANG, 27 MEI 2025 – Hujung minggu lalu telah diadakan satu perjumpaan diantara En. Nur Izzat Bin Mohamad Ainnie Pegawai Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta En Azman Bin Ibrahim Mewakili Kelab Bola Tampar Bomba Limbang. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan aktiviti dan program pembangunan sukan bagi memperkasa lagi gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pembentukan budaya perniagaan dan bersukan selari dengan slogan Malaysia cergas, sihat dan bersatu antara semua golongan masyarakat khursusnya di bahagian Limbang.
Encik Zaini Bin Abd Talib, Mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang Berkata dengan adanya perjumpaan ini dapat dijadikan satu platform bagi menaiktaraf pembudayaan sukan di limbang khususnya. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 27 MEI 2025 –Pertandingan Tinju Terbuka KTU Limbang 2025 telah diadakan pada 9-10 Mei 2025 yang bertempat di Dewan Suarah Limbang, Limbang. Program anjuran Kelab Tinju Utara ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan Tinju di Bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Pertandingan dua hari yang disusun rapi oleh Kelab Tinju Utara ini bagi memastikan para peninju baru mahupun lama dapat membiasakan diri dengan gelanggang kerana Tahun 2025 akan datang terdapat acara tinju yang besar dipertandingkan di Sarawak ini. Pertandingan pada kali ini juga memperlihatkan ramai peninju baru yang menyertai sekaligus menampakan satu kejayaan kepada Kelab Tinju Utara melahirkan bakat baru peninju di Bahagian Limbang.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh sukan di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 27 MEI 2025 – Satu Mesyuarat penyelarasan bagi program “Ba’kelalan adan Rice Festival” telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lawas. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Sao Ladin Bin Atok Pegawai Daerah Lawas. Turut serta Ahli Parlimen P222 Lawas, iaitu Yb Henry Sum Agong.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan program yang akan dilangsungkan tidak lama lagi. Pelbagai pengisian yang telah disusun bagi memeriahkan program Bakelalan adan Rice Festival kali ini. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter turut hadir dan memberikan buah pandangan dalam mesyuarat tersebut
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang akan terlibat bagi menjayakan program tersebut. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak.
SAMARAHAN, 26 Mei 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan berbesar hati menerima kunjungan dari Unit Sukan Unimas untuk membincangkan pelaksanaan Program Rakan Mahir: Skill For Life Parlimen Samarahan yang bakal dilaksanakan pada bulan Jun nanti.
Selain itu turut dibincangkan adalah berkaitan kerjasama untuk program belia dan sukan selain Rakan Muda yang boleh dilaksanakan bersama di masa akan datang.
Kerjasama dengan agensi di sekitar bahagian Samarahan ini amatlah penting dalam menentukan kelancaran pelaksanaan program Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
SAMARAHAN, 9 Mei 2025 - Satu perjumpaan telah diadakan antara Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan bersama Institusi Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat ILP Kota Samarahan.
Antara tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan penubuhan Sekreteriat Rakan Muda di ILP. Disamping itu juga membincangkan jalinan kerjasama yang boleh diterapkan diantara kedua-dua agensi di masa akan datang. Hasil perbincangan amat menggalakkan dan pelbagai percambahan idea telah dilontarkan untuk memastikan jalinan kerjasama ini mencapai objektif yang dikehendaki. Hadir semasa perjumpaan ini adalah Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Encik Abu bin Amir dari Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan manakala ILP Kota Samarahan dihadiri oleh Pengarah ILP, Azkar Albar Bin Abu Bakar dan Timbalan Pengarah ILP.
SIBU, 27 MEI 2025 - Mesyuarat Teknikal Sibu Esports Festival (SIESF) 2025 Bil. 1/2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sibu yang dipengerusikan oleh Puan Maria Nadja Anak Jimmy Jalil, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sibu. Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu akan menganjurkan Sibu E-Sports Festival (SIESF) yang akan dijadualkan pada 27 hingga 29 Jun 2025 di Sibu Indoor Stafium. Mesyuarat ini dihadiri oleh pelbagai agensi dan rakan strategik membincangkan program dan pengagihan tugas dengan lebih terperinci. Mari lah kita bersama-sama memeriahkan program ini.
SERIAN, 15 Mei 2025 – Serian Conference Centre bergema dengan irama bertenaga dan sorakan peserta apabila Pertandingan Aerobathon Individual Challenge berjaya mencuri tumpuan dalam kalangan pengunjung sempena Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak 2025.
Pertandingan ini diadakan di bawah segmen Port Malaysia Aktif, salah satu inisiatif utama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti ini, Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan telah dilantik sebagai Rakan Strategik rasmi program.
Acara yang berkonsepkan pertandingan persembahan Zumba dan aerobik secara individu ini menyaksikan enam (6) orang Presenter atau Zumba Instructor Network (ZIN) berentap di pentas utama dengan persembahan masing-masing yang kreatif, bertenaga dan mencuri perhatian para hadirin. Antara Zin yang beraksi adalah Pn. Norliati Binti li , dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan merupakan KBSI dan juga Zin, Zin TM Suqie, Zin TM K (Kamelia Anum), Zin Tm Choco, Zin TM Ave dan Zin TM Edd. Para peserta tampil dengan pelbagai gaya tarian kecergasan yang digabungkan dengan elemen muzik moden, menjadikan suasana pertandingan sangat meriah dan penuh semangat.
Sambutan daripada para peserta serta penonton yang hadir amat menggalakkan, membuktikan bahawa aktiviti kecergasan seperti ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat, khususnya generasi muda.
Menurut wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, pertandingan ini bukan sahaja bertujuan memeriahkan sambutan Hari Belia Negara, tetapi juga untuk mempromosikan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan belia. “Kami mahu belia melihat kecergasan sebagai satu gaya hidup yang menyeronokkan, bukan sekadar rutin kesihatan,” ujarnya.
Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan yang diberi tanggungjawab sebagai rakan pelaksana turut memainkan peranan besar dalam memastikan kelancaran dan mutu pertandingan berada pada tahap terbaik. Dengan pengalaman luas dalam penganjuran program kecergasan, kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam membina jaringan komuniti sihat dan aktif.
Aerobathon Individual Challenge bukan sahaja berjaya menyemarakkan suasana sambutan HBN, malah memberi inspirasi kepada belia bahawa kecergasan dan keseronokan boleh bergerak seiring.
SAMARAHAN, 15 Mei 2025 – Persatuan Belia Samarahan (PBS) terus memainkan peranan aktif dalam memperkasakan generasi muda apabila berjaya menganjurkan Program Belia Kreatif: Kemahiran Cipta Kandungan Digital dengan kerjasama DUBS cawangan Samarahan yang berlangsung di SMK Hajjah Laila Taib, Asajaya Samarahan. Program ini merupakan inisiatif komuniti yang dirangka khas bagi melahirkan pencipta kandungan digital dalam kalangan belia, selaras dengan keperluan semasa ekonomi digital.
Program ini menampilkan En.Razis Bin Paimin dari AR Studios selaku Trainer, dengan dibantu oleh dua fasilitator berpengalaman iaitu En.Suriyadil dan En. Mohd Hafizan Bin Othman. Para peserta diberi pendedahan secara teori dan praktikal dalam bidang perancangan kandungan, teknik rakaman serta suntingan video menggunakan aplikasi CapCut, yang kini menjadi alat penting dalam dunia penciptaan kandungan digital.
Menurut En. Razis Bin Paimin, program ini bukan sahaja memberi ilmu teknikal, tetapi turut membuka peluang pendapatan tambahan, malah mungkin tetap, kepada para peserta. “Melalui platform seperti TikTok Affiliate, peserta boleh menjana jualan produk walaupun tidak memiliki produk tersebut. Apa yang diperlukan hanyalah kreativiti dan pemahaman terhadap algoritma media sosial,” jelasnya.
Program ini juga menyokong tiga Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) utama:
· SDG 1 – Tiada Kemiskinan, dengan membuka jalan pendapatan baru melalui digital.
· SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, dengan menyediakan ilmu praktikal dan relevan kepada belia.
· SDG 8 – Pekerjaan dan Pertumbuhan Ekonomi, dengan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi gig digital.
Para peserta — yang terdiri daripada lebih 20 orang pelajar lepasan SPM, SMK Halata dan belia sekitar kawasan Samarahan — menunjukkan minat dan potensi tinggi sepanjang program berlangsung. Mereka bukan sahaja diberi peluang mencuba sendiri proses penghasilan video, malah mendapat maklum balas secara langsung daripada jurulatih profesional.
Pihak penganjur memaklumkan bahawa Program Belia Kreatif ini akan diteruskan ke sekolah dan komuniti lain sebagai sebahagian daripada usaha membina belia yang celik teknologi, berkemahiran digital, dan mampu berdikari dalam era ekonomi moden.
SERIAN, 17 Mei 2025 – Serian Conference Centre menjadi saksi kemeriahan dan semangat anak muda sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung dalam suasana penuh berwarna-warni dan penuh inspirasi. Kelancaran majlis rasmi ini banyak dipengaruhi oleh kepakaran dua pengacara utama, iaitu Puan Norliati Binti Li, Pembantu Belia dan Sukan, dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Encik Rahmat Bin Eli, selaku Pegawai Belia dan Sukan. Sebagai wajah dan suara utama yang menghidupkan suasana acara, kedua-dua pengacara berjaya membawa majlis berjalan lancar, bersemangat dan sarat dengan nilai-nilai belia seperti keberanian, kepimpinan dan perpaduan.
Puan Norliati Binti Li telah lama aktif dalam program belia dan komuniti, menjadikan bidang pengacaraan sebagai minat mendalam sejak awal penglibatannya. “Saya sukakan suasana majlis rasmi dan tidak rasmi yang teratur, tetapi tetap mampu disampaikan dengan gaya segar dan menarik kepada belia,” katanya. Baginya, menjadi pengacara bukan sekadar membaca skrip, tetapi menyampaikan semangat majlis itu sendiri.
Sementara itu, Encik Rahmat Bin Eli, dengan gaya penyampaian yang tenang namun berkarisma, menekankan bahawa pengacaraan majlis belia memerlukan pendekatan yang dinamik dan mesra generasi muda. “Kami perlu pastikan mesej program ini benar-benar sampai kepada belia. Bukan hanya dari protokol, tetapi melalui semangat dan penyampaian yang betul,” ujarnya.
Gandingan mantap mereka berdua mendapat pujian daripada pihak penganjur serta hadirin yang terdiri daripada pemimpin negeri, agensi kerajaan, NGO belia dan ratusan peserta muda dari seluruh Sarawak. Majlis ini turut diserikan dengan pelancaran inisiatif belia baharu, penganugerahan Anugerah Belia Negara Individu Lelaki, wanita dan Pertubuhan belia, dan pelbagai persembahan serta aktiviti menarik.
Sambutan Hari Belia Negara kali ini bukan sahaja menonjolkan kejayaan anak muda dalam pelbagai bidang, tetapi turut menyerlahkan potensi warga kerja belia dan sukan yang serba boleh — bukan sahaja di belakang tabir, malah di hadapan khalayak dengan penuh gaya dan keyakinan.