- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JKPA) BIL.4/2025 PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : ZL. JBSN Sarawak
SARIKEI, 14 Januari 2026 — Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPA) Bil. 4/2025 bagi meneliti prestasi pengurusan kewangan jabatan serta memastikan pematuhan menyeluruh terhadap tatacara kewangan kerajaan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah JBS Negeri Sarawak dan turut dihadiri Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Unit Kewangan,dan Pegawai Unit Pentadbiran. Hadir dalam Mesyuarat ini En. Mohd Johari Abdullah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan En.Zulfadhli bin Leonardo Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Mesyuarat memberi penekanan kepada integriti, ketelusan, dan keberkesanan pengurusan kewangan sepanjang tahun 2025.
Mesyuarat memaklumkan bahawa kecekapan pengurusan kewangan amat penting memandangkan jabatan menguruskan pelbagai program pembangunan belia, kejohanan sukan, penyelenggaraan fasiliti sukan serta projek pembangunan yang berimpak besar kepada masyarakat. JBS Negeri Sarawak akan terus memastikan setiap perbelanjaan dibuat secara berhemah, telus dan mematuhi peraturan agar faedahnya dapat disalurkan secara optimum kepada golongan belia dan komuniti sukan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
