- JBS Sarawak
- Hits: 12
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) BIL.4/2025 PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan Oleh : ZL. JBSN Sarawak.
SARIKEI , 14 Januari 2026 — Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil. 4/2025 bagi menilai tahap pematuhan pengurusan aset serta memperkukuh sistem kawalan inventori di seluruh pejabat dan fasiliti sukan bawah jabatan tersebut.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JBS Negeri Sarawak, turut disertai Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Aset, dan Unit Kewangan. Hadir dalam Mesyuarat ini En. Mohd Johari Abdullah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan En.Zulfadhli bin Leonardo Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada usaha melancarkan proses keluar masuk aset, mengurangkan kelewatan pelupusan, dan meningkatkan ketelusan dokumentasi aset kerajaan. Mesyuarat juga turut komited memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara telus, sistematik dan mematuhi garis panduan kerajaan bagi menjamin aset jabatan sentiasa berada dalam keadaan optimum untuk manfaat belia dan komuniti sukan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
