- JBS Sarawak
- Hits: 22
MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA BIL.1/2026 PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan Oleh : ZL. JBSN Sarawak
SARIKEI, 14 Januari 2026 — Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Bil.1/2026 bagi mengukuhkan amalan integriti, kecekapan pengurusan serta pematuhan prosedur dalam pelaksanaan program belia dan pembangunan sukan di negeri itu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, turut melibatkan ketua-ketua pejabat di bahagian. Hadir dalam mesyuarat ini En. Mohd Johari Abdullah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan En.Zulfadhli Bin Leonardo Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha memastikan setiap urusan pentadbiran JBSN Sarawak dilaksanakan secara telus, sistematik dan selaras dengan garis panduan kerajaan. Usaha penambahbaikan tatakelola adalah penting bagi memastikan setiap inisiatif memberi impak optimum kepada golongan belia dan komuniti sukan di Sarawak. Jawatankuasa bersetuju untuk memperkemas proses kerja dan meningkatkan tahap pemantauan bagi memastikan setiap program dijalankan secara cekap, bertanggungjawab dan berintegriti.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
