- JBS Sarawak
- Hits: 29
Bengkel Latihan Penggunaan AED Perkukuh Keselamatan Sukan Negara
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Putrajaya, 19 Januari 2026 – Bengkel Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah berjaya dianjurkan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai usaha memperkukuh tahap keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan dalam bidang sukan dan kecergasan.
Program ini dianjurkan oleh Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Bengkel ini menghimpunkan peserta dari setiap negeri yang terdiri daripada pegawai dan pengamal sukan, bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran asas penggunaan AED dalam situasi kecemasan khususnya melibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.
Turut hadir ialah pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak iaitu Puan Shyennier Jean Sherit dan Encik Hazwan Salleh Baihaki.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan sebagai VIP, serta Tuan Dharzuky Bin Daud@Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional. Penganjuran bengkel ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pegawai yang berpengetahuan dan cekap dalam pengendalian AED demi keselamatan atlet dan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
