- JBS Sarawak
- Hits: 2
PBSB Sibu Komited Menyertai Karnival Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 2
Disediakan Oleh: MCG, PBSBSIBU
SIBU, 18 Januari 2026 — Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah menganjurkan Karnival Sukan JBS Negeri Sarawak 2026 sebagai inisiatif untuk menyemai semangat kesukanan, memperkukuh budaya kerja sihat serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan di seluruh negeri.
Karnival yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dari 16 hingga 18 Januari 2026 ini telah disertai oleh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan, antaranya Boling Berpasukan, Ping-pong Berpasukan Lelaki, Bola Jaring “3 on 3” Wanita, Slingshot Berpasukan serta Badminton Berpasukan.
Penganjuran karnival ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat di samping membina kemahiran kepimpinan, memupuk semangat berpasukan serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu
