- JBS Sarawak
- Hits: 90
PELAJAR DAN GURU SMK SONG SEMARAKKAN SEMANGAT KECERGASAN DI FIT MALAYSIA KAPIT 2024 (SIRI 8)
Disediakan oleh: M.Sherman, JBSN Sarawak.
SONG, 23 Oktober 2024 – Program Fit Malaysia Peringkat Bahagian Kapit 2024 (Siri 8) diteruskan dengan penuh semangat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song pada 7 Oktober lalu. Acara ini disambut meriah oleh warga sekolah, termasuk para pelajar dan guru, yang bersama-sama menjayakan program bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta memupuk budaya kecergasan dalam kalangan generasi muda.
Penyertaan aktif guru dan pelajar SMK Song dalam program ini menunjukkan komitmen pihak sekolah untuk mendukung usaha kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat. Guru-guru bukan sahaja bertindak sebagai penyokong tetapi turut serta dalam aktiviti-aktiviti, memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus aktif dan menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.
Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit selaku penganjur program menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah, para guru, pelajar, dan semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Mereka berharap agar usaha ini akan terus diperluas dengan lebih banyak aktiviti kecergasan di masa hadapan, demi memupuk budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar seperti Song.
- JBS Sarawak
- Hits: 90