Hari Terakhir Bertugas Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu

Hari Terakhir Bertugas Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu

Disediakan oleh: A, JBSN Sarawak

Sibu, 26 Disember 2025 – Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Bahagian Sibu, secara rasmi menamatkan perkhidmatan beliau di pejabat ini pada hari ini sebelum berpindah ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Terengganu.Hari ini merupakan hari terakhir Encik Muhammad Afif bertugas di PBS Bahagian Sibu, sekali gus menandakan punch card terakhir beliau sebagai simbol penutup tempoh perkhidmatan di pejabat ini. Perpindahan ini adalah selaras dengan penempatan baharu beliau dalam perkhidmatan awam.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di PBS Bahagian Sibu, Encik Muhammad Afif telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, termasuk terlibat dalam urusan pentadbiran serta membantu pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan pembangunan belia dan sukan di peringkat bahagian.Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti Encik Muhammad Afif sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di pejabat ini. Pihak pejabat turut mendoakan agar beliau diberikan kelancaran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab baharu di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search