- JBS Sarawak
- Hits: 30
BAKAT YANG BERJAYA DIGILAPKAN DIDALAM SLOT PENGUCAPAN AWAM BAGI BENGKEL PENGUCAPAN AWAM SMK AGAMA LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 DISEMBER 2025 – Minggu lalu telah berlangsungnya Bengkel Pengucapan Awam Di SMK Agama Limbang yang diadakan di SMK Agama Limbang. Program satu hari ini hasil kolaborasi Pihak Sekolah dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Didalam slot ceramah pengucapan awam dan pengacaraan majlis yang disampaikan oleh Puan Aimy Alisha Charlie, Pegawai Pembangunan Rakan Muda PBSB Limbang, peserta dapat mempelajari imput-imput yang telah dimasukkan bagi ceramahnya. Secara dasarnya bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan, bimbingan dan kemahiran asas yang secukupnya dalam bidang pengucapan awam dan pengacaraan mengikut amalan protokol semasa. Bengkel ini juga turut membantu para peserta untuk menanam serta membina keyakinan diri dalam melaksanakan tugas sebagai Pengacara Majlis.
Secara keseluruhannya bengkel ini telah memberikan impak yang positif dalam meningkatkan imej dan potensi diri para guru di samping mencungkil bakat-bakat pengacara yang boleh diketengahkan
