- JBS Sarawak
- Hits: 32
LAWATAN JALINAN PEMUAFAKATAN BERSAMA PDRM IPD DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Disediakan Oleh : Abdul Rani, JBSN Sarawak.
SARIKEI 18 December 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menerima kunjungan Lawatan Pemuafakatan Daripada PDRM IPD Sarikei. Seramai lapan (8) orang pegawai/Ketua mengikut Unit masing-masing hadir ke lawatan ini.Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalin kerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dalam apa jua program yang melibatkan Belia, Sukan dan Rakan Muda. Tuan ASP Azmi Bin Abdul Lamat memaklumkan bahawa PDRM Daerah Sarikei ingin berkolabolasi dalam apa jua program berkaitan belia dan sukan.
Pejabat ini sangat mengalu-alukan kesudian dan hasrat mereka dalam penganjuran bersama apa-apa program yang berkaitan. En.Abdul Rani Bin Jemi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei amat berterima kasih kepada pihak PDRM IPD Sarikei atas kesudian membuat lawatan ke pejabat ini.Semoga lawatan ini menambahkan lagi kerjasama erat antara PDRM dan PBS Sarikei.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
