- JBS Sarawak
- Hits: 53
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.1/2026, PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh : Nyawin Anak Sirai, JBSN Sarawak
SARIKEI, 5 Disember 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh semua kakitangan secara bersemuka dan dalam talian.
Mesyuarat kali ini adalah untuk melaporkan program dan aktiviti cawangan Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's sepanjang tahun 2025. Selain itu, Mesyuarat turut membincangkan berkenaan prestasi tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat bagi tahun 2025.
Pengerusi berharap agar semua kakitangan pejabat ini mengekalkan prestasi dan lebih fokus kepada kerja, pemantauan program sentiasa dilaksanakan, sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan program, menghasilkan inovasi dan kreativiti, penglibatan dengan agensi luar, mematuhi pelaksanaan tugas agar lebih proaktif dan positif bagi memastikan persekitaran dan produktiviti kerja yang lebih produktif dan kondusif.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
