- JBS Sarawak
- Hits: 62
MESYUARAT JAWATANKUASA PERAYAAN UTAMA BAHAGIAN LIMBANG BIL.2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 62
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 DISEMBER 2025 - Satu mesyuarat Jawatankuasa Perayaan Utama Bahagian Limbang Bil.2/2025 telah diadakan pada 19 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Pejabat Residen Bahagian Limbang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk DR Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Timbalan Menteri industri Makanan,Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N79 Bukit Kota Limbang.
Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) ke mesyuarat tersebut adalah Encik Zaini bin Abd Talib. Antara agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut adalah Laporan ringkasan Program dibawah jawatan kuasa perayaan utama Bahagian Limbang Tahun 2025 & cadangan Program Bagi Tahun 2026.
Di akhir mesyuarat, pengerusi menyeru kepada semua yang hadir supaya memberikan kerjasama yang padu kepada Agensi- Agensi yang terlibat agar pelaksanaan Program di Bahagian Limbang dapat dilaksanakan dengan lancar.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
