- JBS Sarawak
- Hits: 47
PROGRAM DEMONSTRASI PENCEGAHAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API PERINGKAT WISMA PERSEKUTUAN LIMBANG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 DISEMBER 2025 – Program Demonstrasi pencegahan kebakaran & penggunaan alat pemadam api Peringkat Wisma Persekutuan Limbang 2025 telah diadakan pada minggu yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Penerangan Malaysia Wisma Persekutuan Limbang dan di Tapak Perhimpunan Kecemasan bagi sesi demonstrasi memadam kebakaran mengunakan alat pemadam api.
Program ini telah dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Wisma Persekutuan Bahagian Limbang dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Zon 7 Limbang. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di Wisma Persekutuan mengenai aspek pengurusan keselamatan kebakaran dan perlindungan secukupnya daripada bahaya kebakaran serta mengurangkan kemusnahan harta benda dan nyawa. Hadir sama semasa sesi kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
