- JBS Sarawak
- Hits: 64
Penyerahan Sijil Pendaftaran Kelab Belia Perkasa Kampung Muhibah
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 16 Disember 2025 – Satu sesi penyerahan Sijil Pendaftaran Pertubuhan Belia iaitu Kelab Belia Perkasa Kampung Muhibah atau lebih dikenali sebagai YEMPOWER telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit pada 12 Disember lalu. Sijil tersebut telah diserahkan oleh En. Lanting Mala, pegawai dari Unit Pembangunan Belia PBSB Kapit kepada Pengerusi Kelab YEMPOWER, saudara Calvin Evan Anak Terry.
Dengan penerimaan sijil pendaftaran ini, YEMPOWER kini diiktiraf sebagai sebuah badan pertubuhan belia yang sah di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Status pendaftaran ini membolehkan kelab tersebut bergerak secara rasmi dalam menganjurkan aktiviti, memohon bantuan pentadbiran atau geran, serta memainkan peranan yang lebih efektif dalam menyatukan belia di daerah Kapit.
PBSB Kapit berharap agar YEMPOWER dapat menjadi platform yang aktif dalam melahirkan pemimpin pelapis yang berkaliber serta melaksanakan program-program yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #pbsbkapit
