- JBS Sarawak
- Hits: 47
Majlis Apresiasi Dwi Tahunan Persatuan Hoki Bahagian Mukah 2024/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 19 DISEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput untuk hadir bersama ke Majlis Apresiasi Dwi Tahunan Persatuan Hoki Bahagian Mukah 2024/2025 pada 18 Disember 2025 di Café Seri Setia, Hotel Kingwood Mukah. Majlis tersebut sebagai menghargai para atlet serta jurulatih dan barisan kepimpinan persatuan yang telah mempamerkan pencapaian yang cukup cemerlang dalam sukan hoki di bahagian Mukah.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Awang Yusri Awang Adeni, Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Pejabat telah diwakili Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Hadir sama Encik Encik Masri Usop, Presiden Persatuan Hoki Bahagian Mukah. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Hoki Bahagian Mukah atas kejayaan yang dicapai sebagai satu organisasi yang telah melahirkan kejayaan ramai atlet dari bahagian Mukah serta mampu memberi di peringkat Sarawak.
