- JBS Sarawak
- Hits: 41
PBSB BETONG KOMITED MEMBIMBING PENUBUHAN KELAB SUKAN MENGIKUT GARIS PANDUAN PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 8 Januari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan daripada Muhamad Asraf bin Talip yang hadir bagi mendapatkan bimbingan berkenaan proses pendaftaran sebuah badan sukan pada 5 Januari 2026. Kelab yang bakal ditubuhkan adalah Kelab Bola Sepak.
Dalam sesi pertemuan tersebut, Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberi penerangan mengenai prosedur permohonan pendaftaran badan sukan melalui sistem eROSA. Pihak pejabat turut menzahirkan komitmen untuk membantu agar proses pendaftaran kelab ini dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Semoga penubuhan kelab ini berjaya dan dapat menjadi sebuah platform yang bermanfaat kepada para peminat sukan bola sepak, sekali gus menyemarakkan lagi budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
