- JBS Sarawak
- Hits: 28
MESYUARAT PENGURUSAN MEMBUKA TIRAI TAHUN 2026 PBSB MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 JANUARI 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah membuka tirai tahun 2026 dengan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2026 sebagai persiapan menjelang Mesyuarat Berkala JBS Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari 2026. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan dihadiri oleh semua kakitangan.
Mesyuarat kali ini adalah untuk melaporkan program dan aktiviti di bawah unit pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's sepanjang tahun 2025. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan berkenaan prestasi tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat bagi tahun 2025. Semoga PBSB Miri akan lebih proaktif dan positif dalam melaksanakan tugas, dan menjalin kerjasama yang erat dengan agensi luar dan NGO pada tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
