- JBS Sarawak
- Hits: 17
PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN MARZUQ DART CLUB
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 JANUARI 2026 – Marzuq Dart Club telah menyantuni Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri untuk menerima sijil perakuan pendaftaran, semalam. Siijil perakuan pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri kepada Puan Sabrah binti Shar'ee, Pengerusi Marzuq Dart Club.
Kelab tersebut sah berdaftar pada 14 Ogos 2025 di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS). PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan Marzuq Dart Club dan terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan PBSB Miri pada program lepas dan program yang akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
