- JBS Sarawak
- Hits: 6
Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bil. 4 Tahun 2025 Diadakan Secara Hibrid
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan Oleh : MCG,PBSB SIBU
SIBU, 8 Januari 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bil. 4 Tahun 2025 telah berjaya diadakan secara hibrid pada 8 Januari 2026. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa secara fizikal serta dalam talian.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi pembentangan laporan pengauditan oleh Unit Audit Dalaman. Pembentangan tersebut merangkumi dapatan audit, tahap pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus dan pengurusan organisasi.
Mesyuarat ini turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan dalam memastikan aspek akauntabiliti, integriti dan ketelusan organisasi terus diperkukuhkan selaras dengan amalan tadbir urus terbaik.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu
