- JBS Sarawak
- Hits: 64
TARIAN ASAS TRADISIONAL SARAWAK MENJADI PILIHAN PROGRAM RAKAN MUZIK: RENTAK SENI PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2024
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 11 NOVEMBER 2024 – Program Rakan Muzik: Rentak Seni Peringkat Bahagian Miri 2024 telah berlangsung di Dewan Serbaguna IKBN Miri pada 28, 29, dan 30 Oktober 2024. Program ini melibatkan 25 orang peserta belia yang berpeluang mempelajari asas tarian tradisional Sarawak di bawah bimbingan tenaga pengajar Encik Sebastian Lusat Juk.
Peserta diajar pelbagai jenis tarian tradisional Sarawak, termasuk tarian Melayu, Iban, Ulu, Bidayuh, dan Melanau, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan. Program ini juga memberikan platform kepada belia untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka melalui seni tari, serta memupuk semangat perpaduan di kalangan mereka.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri berharap setiap tarian yang telah dikuasai diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan generasi muda terus menghargai dan memelihara warisan budaya Sarawak, selain memupuk kecintaan terhadap seni sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 64