MAJLIS PENYAMPIAN SIJIL PROGRAM KLAS RENANG FASA 3/2025 SAMARAHAN KATEGORI KANAK-KANAK B40

MAJLIS PENYAMPIAN SIJIL PROGRAM KLAS RENANG FASA 3/2025 SAMARAHAN KATEGORI KANAK-KANAK B40

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 4 JANUARI 2026 - Program Kemahiran Asas Sukan (KLAS) Renang FASA 3/2025 Bahagian Samarahan di Kolam Renang Power Penguin, Kota Samarahan. Program KLAS Renang telah dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan bermula 20 Disember 2025 Sehingga 4 Januari 2026. Program KLAS Renang ini yang melibatkan seramai 40 orang peserta kanak kanak terdiri daripada golongan B40 yang berumur 6 tahun - 12 tahun.

Para peserta didedahkan dengan teknik asas berenang. Antara objektif program ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun. Mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air. Meningkatkan kemahiran berenang individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan kesihatan peserta.

Majlis Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Abu Bin Amir, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan dan turut disertai oleh Encik Awang Yahya Bin Awang Mat selaku Pengerusi Kelab Renang Powe Penguin Kota Samarahan dan juga Ketua jurulatih bagi program ini.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search