KARNIVAL SUKAN JBSN SARAWAK 2026: KESUKANAN MENGERATKAN SILATURAHIM DAN PERPADUAN

KARNIVAL SUKAN JBSN SARAWAK 2026: KESUKANAN MENGERATKAN SILATURAHIM DAN PERPADUAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 22 Januari 2026 — Karnival Sukan JBSN Sarawak Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah dari 16 hingga 18 Januari 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KEBS) ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh silaturahim antara pegawai di ibu pejabat dan bahagian.

Karnival ini menampilkan pelbagai pertandingan menarik termasuk badminton berpasukan (2 Regu Lelaki, 1 Regu Wanita & 2 Regu Campuran), Netball 3-on-3, slingshot, ping pong berpasukan lelaki, serta persembahan kreatif daripada wakil setiap kumpulan. Aktiviti sukan dan persembahan ini bukan sahaja menguji kemahiran dan strategi, malah membina semangat kerjasama dan persahabatan antara pegawai.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Kuning yang berjaya merangkul Kejuaran yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan serta kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi dalam setiap pertandingan. Karnival ini membuktikan bahawa JBSN Sarawak bukan sahaja komited dalam pembangunan belia dan sukan, tetapi turut menekankan kepentingan kesihatan, motivasi dan perpaduan dalam kalangan pegawai.

Dengan kejayaan karnival ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan berharap ia menjadi platform tahunan untuk memupuk budaya sukan, meningkatkan kecergasan dan mempererat hubungan kerja, seterusnya menyemarakkan semangat kesukanan di seluruh jabatan.

Jom sihat.

#TeamKBS

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#ihsanMADANI

#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search