TAKLIMAT URUSETIA DAN PENGUJI UKJK & UAKK SECARA DALAM TALIAN TINGKATKAN KUALITI PENGAMBILAN PEGAWAI S5

TAKLIMAT URUSETIA DAN PENGUJI UKJK & UAKK SECARA DALAM TALIAN TINGKATKAN KUALITI PENGAMBILAN PEGAWAI S5

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 22 Jan 2026 - Satu Taklimat Urusetia dan Penguji Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) serta Ujian Keupayaan Kecergasan (UAKK) telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian bagi urusan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S5 di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Taklimat ini telah dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan serta melibatkan seramai 21 orang pegawai dari seluruh Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen padu warga kerja kementerian dalam memastikan proses pemilihan pegawai dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan integriti. Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada urusetia dan penguji mengenai prosedur pelaksanaan ujian, kaedah penilaian serta peranan masing-masing agar setiap calon dinilai secara adil dan telus.

Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap aspek keselamatan, disiplin serta etika kerja sepanjang pelaksanaan ujian kecergasan. Taklimat ini bukan sekadar menjadi medan penyelarasan tugas, malah berperanan menyuntik semangat dan motivasi kepada para pegawai agar sentiasa komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Melalui pelaksanaan UKJK dan UAKK ini, Kementerian Belia dan Sukan optimis dapat melahirkan barisan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S5 yang berkualiti, berdaya saing serta mampu menjadi pemangkin kecemerlangan pembangunan belia dan sukan negara pada masa hadapan.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search