- JBS Sarawak
- Hits: 8
JBSNS TEGASKAN STRATEGI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SARAWAK, 15 Jan 2026 — Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) bagi memperkemas perancangan strategik dan hala tuju program belia serta pembangunan sukan bagi tahun 2026.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JBS Negeri Sarawak dan turut dihadiri para pegawai seluruh Bahagian di Sarawak. Mesyuarat ini menegaskan komitmen pihak JBSNS untuk memastikan semua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian bergerak selari dengan perancangan yang telah disusun sepanjang 2026.
Antara fokus utama mesyuarat termasuk penyelarasan program 2026, semakan prestasi 2025, pengukuhan pengurusan kewangan, aset dan perolehan, penambahbaikan pentadbiran, pelan penyelenggaraan fasiliti sukan, latihan kompetensi pegawai, serta kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, NGO belia dan institusi pendidikan.
JBSNS menegaskan bahawa setiap langkah bertujuan memaksimumkan impak program belia dan pembangunan sukan serta memastikan manfaat sampai terus kepada masyarakat.
Dengan pendekatan progresif ini, JBSNS membuktikan komitmen tinggi untuk menjadi jabatan yang cekap, berintegriti dan responsif terhadap keperluan golongan belia di Sarawak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
