PELAKSANAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) DAN UJIAN KEUPAYAAN KECERGASAN (UAKK) 2026 BAGI URUSAN PENGAMBILAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S5

PELAKSANAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) DAN UJIAN KEUPAYAAN KECERGASAN (UAKK) 2026 BAGI URUSAN PENGAMBILAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S5

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SARAWAK, 26 Jan 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, selaku Ketua Penguji hadir bagi Pelaksanaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Ujian Keupayaan Kecergasan (UAKK) 2026 merupakan antara komponen penting dalam proses pengambilan pegawai bagi jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S5 di Kementerian Belia dan Sukan. 

Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak seramai 45 orang calon (24L/21W) yang menjalani UKJK manakala seramai 8 orang calon (5L/3W) menjalani UAKK disasarkan kepada calon ambilan kakitangan baharu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan belia dan sukan negara.

Ujian ini bukan sahaja bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal calon, malah turut menjadi penanda aras keupayaan mereka dari aspek disiplin, daya tahan, kekuatan mental serta kesediaan menghadapi cabaran tugas di lapangan. Sebagai pegawai belia dan sukan, tahap kecergasan yang baik merupakan satu keperluan asas bagi memastikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat.

Pelaksanaan UKJK dan UAKK ini juga mencerminkan komitmen Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan barisan pegawai yang bukan sahaja kompeten dari segi akademik dan kemahiran, malah sihat, cergas serta berdaya saing. Diharapkan program ini dapat menjadi platform terbaik dalam mengenal pasti calon-calon berkualiti tinggi yang mampu menggalas amanah dan tanggungjawab demi kemajuan sektor belia dan sukan negara pada masa akan datang.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search