Disediakan oleh : Howard Bunsu Anak Resik, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 18 NOVEMBER 2024 – Program Skills For Life @ Parlimen Lubok Antu- “Tango Modern” Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2024 yang diadakan pada 16 November 2024 bertempat di Bilik Kursus, Klinik Kesihatan Engkilili telah melibatkan seramai 24 orang anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Kelab Belia Perdana Jalan Sabu(BELDANA). Kursus jangka pendek ini bertujuan untuk memberi akses kepada belia-belia dan komuniti setempat untuk mengikuti kemahiran asas dalam membuat “Tango Modern” yang bermanfaat bukan sekadar ilmu malah dapat di terapkan untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil program tersebut.
Program tersebut telah di sampaikan oleh Puan Margaret anak Minong sebagai tenaga pengajar yang bertauliah dalam seni kraftangan ini. Turut hadir dalam program tersebut, Encik Howard Bunsu Anak Resik, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta. Semoga latihan kemahiran hasil tangan ini dapat dimanfaatkan dan membantu mereka dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran semasa serta membantu menangani kos sara hidup tinggi dihadapi mereka pada masa kini.
#TeamKBS
#TeamJBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#TeamPBSBSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 57