MAJLIS PENYAMPIAN SIJIL PROGRAM KLAS RENANG FASA 3/2025 SAMARAHAN KATEGORI OKU

MAJLIS PENYAMPIAN SIJIL PROGRAM KLAS RENANG FASA 3/2025 SAMARAHAN KATEGORI OKU

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 8 FEBRUARI 2026 - Program Kemahiran Asas Sukan (KLAS) Renang FASA 3/2025 Kategori OKU Bahagian Samarahan di Kolam Renang Power Penguin, Kota Samarahan. Program KLAS Renang Kategori OKU telah dilaksanakan sebanyak 10 sesi latihan bermula 10 Januari 2026 sehingga 8 Februari 2026. Program KLAS Renang ini yang melibatkan seramai 40 orang peserta kanak kanak terdiri daripada golongan OKU yang berumur 6 tahun - 15 tahun.

Para peserta didedahkan dengan teknik asas berenang. Antara objektif program ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat di kalangan OKU bawah 15 tahun. Mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air. Meningkatkan kemahiran berenang individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan kesihatan peserta.

Majlis Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Abu Bin Amir, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan dan turut disertai oleh Encik Awang Yahya Bin Awang Mat selaku Pengerusi Kelab Renang Power Penguin Kota Samarahan dan juga Ketua jurulatih bagi program ini.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search