- JBS Sarawak
- Hits: 31
RANDAU (ADI) BUKA LALUAN KERJAYA BELIA BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan Oleh : Z.L, JBSN Sarawak
SARIKEI – 07 Februari 2026 : Randau Akademi Dalam Industri (ADI) adalah program strategik hasil kolaborasi erat antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), TEGAS, Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang, Pejabat Residen serta Pejabat Daerah Sarikei, yang berjaya menghimpunkan belia sekitar Daerah Sarikei..
Inisiatif ini dilaksanakan berasaskan keperluan sebenar industri, dengan matlamat memberi pendedahan menyeluruh mengenai kehendak pasaran kerja semasa. Menerusi Randau ADI, komuniti di Sarikei kini berpeluang mengakses latihan kemahiran dan laluan kerjaya secara langsung bagi meningkatkan taraf ekonomi setempat dan menyumbang kepada pembangunan Negeri Sarawak secara menyeluruh.
Pada majlis yang sama, turut berlangsung pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPC dan TEGAS sebagai tanda permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh produktiviti serta memperkasa inovasi digital di Sarawak. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei juga telah hadir dalam majlis ini sebagai tanda sokongan yang padu dan komitmen berterusan kepada semua pemegang taruh.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
