- JBS Sarawak
- Hits: 32
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelancongan Bahagian (DTTG) dan Pengurusan Acara Utama Bahagian Kapit 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 11 Februari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelancongan Bahagian (DTTG) dan Pengurusan Acara Utama Bahagian Kapit telah berlangsung pada 29 Januari 2026 yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kapit, Encik Elvis Didit, bertempat di Kompleks Kerajaan Negeri Bahagian Kapit.
Perbincangan mesyuarat menekankan kepada penyelarasan, perancangan dan penganjuran acara pelancongan di Bahagian Kapit bagi tahun 2026 agar dapat dilaksanakan secara teratur bagi meningkatkan sosio ekonomi komuniti setempat. Pada mesyuarat ini juga, pembentangan laporan penganjuran aktiviti DTTG Bahagian Kapit sepanjang tahun 2025 telah dibentangkan oleh Pejabat Daerah Kapit, Pejabat Daerah Bukit Mabong, Pejabat Daerah Song, Pejabat Daerah Belaga dan Pejabat Residen Bahagian Kapit.
Pengerusi juga telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa Kapit telah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sarawak pada bulan Ogos nanti. Mesyuarat turut membincangkan cadangan program pelancongan Bahagian Kapit bagi tahun 2026, antaranya Kapit Cultural Festival (KCF 4.0), Safari Rakit Baleh, Power Boat Race, Pesta Kebudayaan Apau Koyan, Ekspedisi Bukit Mabong, Pertandingan Menyumpit SeBorneo, Regatta Song serta Kapit Big Bike. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit juga turut hadir bersama ke mesyuarat bersama dengan ketua-ketua jabatan agensi lain yang berkaitan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanAktif
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
