- JBS Sarawak
- Hits: 17
MAJLIS SEJAMBAK KASIH TAHUN BARU CINA 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh : Abdul Rani, JBSN Sarawak.
SARIKEI - 09 Februari 2026 : Keharmonian dan keunikan Sarawakku sayang sangat terserlah dangan Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2026 Peringkat Daerah Sarikei. Program ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Bahagian Sarikei sebagai sebahagian daripada program kebajikan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun 2026 untuk membantu golongan memerlukan. Seramai 580 orang penerima berbangsa cina dikenalpasti untuk menerima sumbangan sempena perayaan kali ini.
Program ini mencerminkan keprihatinan kerajaan Sarawak melalui JKM dalam membantu golongan kurang kemampuan, khasnya menjelang perayaan besar seperti Tahun Baru Cina dan ianya dilihat sebagai platform untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohammad Razi Bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Merangkap ADUN N.35 Saribas.
Hadir untuk memeriahkan program ini ialah Ketua – Ketua Masyarakat, Ketua – Ketua Jabatan termasuk Residen Bahagian Sarikei. En. Abdul Rani Jemi turut hadir mewakili PBS Sarikei ke majlis ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
